UTAMA | BAHAGIAN KESELAMATAN

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA STAF UPM:-

 

1. PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN STAF UPM                                          

Pelekat Kenderaan Staf dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UPM (BKU) untuk staf tetap dan kontrak universiti bertujuan memudahkan proses pemeriksaan kenderaan staf yang keluar / masuk dalam kawasan kampus. Untuk permohonan sila lengkapkan borang ini PEND/BKU/BR01/PELEKAT01 dan serahkan ke Kaunter Pejabat Bahagian Keselamatan.

                             

2. JADUAL BUKA/TUTUP PINTU DALAM KAMPUS

Bahagian Keselamatan bertanggungjawab ke atas kawalan akses kenderaan yang masuk / keluar ke dalam kampus. Berikut merupakan jadual operasi buka / tutup pintu pagar dalam kampus:-

 

3. PERMOHONAN PAPAN TANDA

Bahagian Keselamatan menyediakan perkhidmatan Papan Tanda Penunjuk arah untuk program / aktiviti yang diadakan dalam kampus UPM. Staf dan pelajar UPM boleh membuat permohonan dengan mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Papan Tanda OPR/BKU/BR03/TANDA dalam dua (2) salinan dan dikemukakan ke Kaunter Bahagian Keselamatan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula.

 

4. PERMOHONAN KHIDMAT PENGIRINGAN

Bahagian Keselamatan menawarkan khidmat Pengiringan (escort) kepada kenderaan tetamu-tetamu jemputan (VIP) UPM yang menghadiri sesuatu aktiviti / program yang diadakan dalam kampus UPM. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan OPR/BKU/BR01/IRING dalam dua (2) salinan dan dikemukan ke Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.

 

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PELAJAR UPM:-

 

1. PELEKAT KENDERAAN PELAJAR

Pelekat Kenderaan Pelajar dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UPM (BKU) kepada pelajar UPM bertujuan memudahkan proses pemeriksaan kenderaan pelajar yang keluar / masuk dalam kawasan kampus. Untuk permohonan sila lengkapkan borang ini PEND/BKU/BR01/PELEKAT02 dan serahkan ke Kaunter Pejabat Bahagian Keselamatan.

 

2. SEMAKAN SAMAN LALULINTAS

Bahagian Keselamatan merupakan badan penguatkuasa peraturan lalulintas dalam kampus UPM (Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005 > Bahagian IV > Tatatertib Lalulintas Jalan). Sekiranya anda memperoleh Notis Kesalahan Lalulintas, sila hadir ke Kaunter Bahagian Keselamatan UPM untuk membuat pembayaran. Sila semak saman anda di http://www.e-saman.upm.edu.my/

 

3. PERMOHONAN PAPAN TANDA

Bahagian Keselamatan menyediakan perkhidmatan Papan Tanda Penunjuk arah untuk program / aktiviti yang diadakan dalam kampus UPM. Staf dan pelajar UPM boleh membuat permohonan dengan mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Papan Tanda OPR/BKU/BR03/TANDA dalam dua (2) salinan dan dikemukakan ke Kaunter Bahagian Keselamatan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh aktiviti bermula. Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, borang permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama-sama surat kelulusan aktiviti pelajar dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM (BHEP) sebagai pengesahan.

 

4. PERMOHONAN KHIDMAT PENGIRINGAN

Bahagian Keselamatan menawarkan khidmat Pengiringan (escort) kepada kenderaan tetamu-tetamu jemputan (VIP) UPM yang menghadiri sesuatu aktiviti / program yang diadakan dalam kampus UPM. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan OPR/BKU/BR01/IRING dalam dua (2) salinan dan dikemukan ke Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.

ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA PELAWAT UPM:-

 

1. PETA KAMPUS UPM SERDANG

Bahagian Keselamatan menyediakan peta kampus UPM (kampus Serdang) sebagai panduan kepada semua warga kampus dan pelawat yang berurusan dengan pihak Universiti.

PETA KAMPUS UPM SERDANG

 

2. JADUAL BUKA/TUTUP PINTU DALAM KAMPUS UPM

Bahagian Keselamatan bertanggungjawab ke atas kawalan akses kenderaan yang masuk / keluar ke dalam kampus. Berikut merupakan jadual operasi buka / tutup pintu pagar dalam kampus:-

JADUAL BUKA/TUTUP PINTU DALAM KAMPUS UPM

artikel
Memahami Konsep Kedaulatan Undang-Undang
Apabila memahami tujuan sesuatu undang-undang, maka dalam perbincangan falsafah undang-undang, dijelmakan konsep kedaulatan undang-undang. Ramai antara kita tahu mengenai kewujudan konsep Kedaulatan Undang-Undang atau Rule of Law. Ramai juga yang mungkin telah mendalami maksud rule of law. Bagi negara, kedaulatan undang-undang adalah falsafah negara yang disenaraikan di nombor keempat dalam Rukun Negara. Ini menunjukkan kepentingan prinsip ini dalam negara kita. Dalam bahasa ringkas, kedaulatan undang-undang bermakna, kerajaan dan rakyat keseluruhannya terikat oleh undang-undang dan wajib mematuhi undang-undang. Definisi ini agak mudah, tetapi inilah prinsip utama dalam konsep kedaulatan undang-undang. Mungkin ada ahli perundangan yang mahu menambah elemen lain dalam definisi ini, tetapi elemen yang saya sebutkan itu menjadi dasar dan tidak ada definisi lain yang lebih rendah maksudnya. Tiga elemen asas AV Dicey, seorang ahli falsafah perlembagaan British, memperkenalkan kedaulatan undang-undang dengan tiga elemen asas; ketiadaan kuasa yang dilaksanakan secara sewenang-wenangnya; keluhuran undang-undang dan kuasa budi bicara yang terhad. Dalam perkembangan terkini, mahkamah, Parlimen dan pakar undang-undang perlembagaan yang lain menghuraikan konsep dan pengertian kedaulatan undang-undang, yang disebut Prinsip Moden Kedaulatan Undang-Undang. Prinsip baharu ini menyatakan bahawa semua undang-undang hendaklah berkesan ke hadapan, iaitu semua undang-undang hendaklah berkuat kuasa bagi penguatkuasaan masa depan dan tidak ada undang-undang retrospektif, di mana undang-undang memberi kesan terkebelakang. Beberapa lagi prinsip utama di bawah konsep kedaulatan undang-undang ialah, undang-undang hendaklah stabil, tidak mudah dan tidak berubah, badan kehakiman yang bebas, pemakaian prinsip semakan kehakiman dan kebebasan asasi. Di samping itu, prinsip yang lebih terkini dalam konsep kedaulatan undang-undang ialah mahkamah juga harus mudah diakses oleh masyarakat, prosesnya tidak mahal dan terbuka kepada orang ramai Ringkasnya, kedaulatan undang-undang mengandungi prinsip bahawa semua orang dan institusi tertakluk kepada dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. Ia membawa maksud pentadbiran yang berlandaskan undang-undang; bukan yang dipelopori oleh pemerintah semata-mata. Oleh itu di bawah konsep kedaulatan undang-undang membawa maksud akauntabiliti kerajaan, akses yang sama ke muka pengadilan, badan kehakiman yang cekap dan undang-undang yang jelas, undang-undang umumnya stabil dan perlindungan hak asasi manusia. Kita mempunyai semua prinsip pengisisan kedaulatan undang-undang ini dalam Perlembagaan walaupun kita tidak mempunyai peruntukan khusus yang menyebut mengenai kedaulatan undang-undang. Dari segi sejarah Perlembagaan, pada awal penggubalannya, dalam deraf Perlembagaan, prinsip kedaulatan undang-undang ini dinyatakan dengan jelas dalam satu daripada peruntukan Perlembagaan. Namun, selepas perbahasan, peruntukan berkenaan digugurkan daripada deraf terakhir Perlembagaan Persekutuan. Justeru, dalam memenuhi konsep kedaulatan undang-undang kita terpaksa melihat kepada keseluruhan peruntukan perlembagaan dengan 'menarik keluar' prinsip yang boleh dikelaskan sebagai prinsip kedaulatan undang-undang. Prinsip kedaulatan undang-undang berkaitan hak asasi ada dalam Bahagian II Perlembagaan, kebebasan kehakiman ada dalam Perkara 125 dan beberapa peruntukan lain. Prinsip Kebertanggungjawaban kerajaan ada dalam Perkara 43(3) Perlembagaan yang menyatakan bahawa kerajaan bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen. Undang-undang yang tidak berkesan ke belakang ada dalam Perkara 7 Perlembagaan sebagai sebahagian kebebasan asasi. Undang-undang yang jelas dan stabil dapat dilihat dalam amalan. Ia tidak dibukukan dalam bentuk peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Garis panduan jelas Berkaitan konsep kedaulatan undang-undang dan prinsip pentadbiran Islam, kedua-duanya tidak jauh beza. Islam meletakkan garis panduan jelas kepada tanggungjawab pemerintah dan rakyat. Sebagai contoh ketara, Islam mensyariatkan perbincangan dalam konsep syura. Islam meletakkan tanggungjawab pemerintah untuk menghormati yang diperintah dengan meletakkan hak-hak tertentu dan meletakkan juga tanggungjawab pemerintah untuk taat kepada perintah Allah. Oleh itu, semua prinsip dalam konsep kedaulatan undang-undang itu wujud dalam sistem pentadbiran Islam. Pada umumnya, prinsip pentadbiran Islam tidak jauh beza daripada prinsip kedaulatan undang-undang dimasyhurkan Barat itu. Perbezaan ketara hanya berkisar sekitar sumber konsep berkenaan. Mungkin ulama atau cendekiawan Islam perlu bekerja dan berfikir lebih kuat untuk berijtihad dan menjelaskan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang yang berasaskan wahyu Allah itu lebih baik dalam aplikasinya. Oleh: Dr. Shamrahayu Abd Aziz Sumber: www.bharian.com.my (06 Mei 2015)
Memahami Konsep Kedaulatan Undang-Undang
Mudah Kongsi Maklumat Peribadi Punca Kebocoran Data
Mudah Kongsi Maklumat Peribadi Punca Kebocoran Data
Rasuah Merompak Ekonomi Negara
Rasuah Merompak Ekonomi Negara
Artikel-artikel lain...
berita
AUDIT PEMATUHAN DAN PEMERIKSAAN POLIS BANTUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
AUDIT PEMATUHAN DAN PEMERIKSAAN POLIS BANTUAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
9 Februari 2023 - Pihak PDRM dari Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK), IPK Selangor yang diketuai oleh Supt. Mohamad Sajidan bin Abdul Sukor telah menjalankan Pemeriksaan & Pemantauan ke atas pasukan Polis Bantuan UPM bertujuan memastikan pasukan Polis Bantuan di bawah Kontingen Selangor mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan, Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) serta arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh PDRM. Antara skop pemeriksaan yang dijalankan ialah pergerakan kawad anggota, sijil perlantikan & kad kuasa, senjatapi & peluru, kenderaan pasukan, gari & t-baton dan sebagainya.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
insta.png
WWDYEAp:04:39