| BAHAGIAN KESELAMATAN

Pentingnya Etika Ketika Memandu Elak Kemalangan

Ringkasan Artikel

Musim perayaan tiba lagi. Kali ini kita akan menyambut Hari kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Lazimnya di musim perayaan ini kita turut membaca berita kemalangan di sana-sini di samping rayuan dari Bank Darah Negara yang memerlukan derma darah. Kejadian kemalangan yang semakin menjadi-jadi dan melibatkan kematian yang mengerikan mutakhir ini bukan sahaja membimbangkan tetapi juga antara isu negara yang perlu ditangani secara kolektif dan bersungguh-sungguh. Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2013, Malaysia menduduki tangga ke-3 tertinggi berkaitan kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya, di mana 23 orang bagi setiap 100,000 penduduk dan purata 14.4 kematian setiap hari. Sepanjang musim perayaan pula, secara purata ianya melibatkan 200 kematian. Antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini ialah sikap pemandu, justeru sikap dan mentaliti rakyat Malaysia perlu berubah. Kajian yang dijalankan oleh Green dan Senders (2004) mendapati kesilapan pemandu dalam mengendalikan kenderaan menyumbang kepada 57% punca nahas jalan raya, 2.4% nahas jalan raya disebabkan oleh kesilapan mekanikal dan 4.7% lagi berpunca daripada persekitaran. Pemandu yang kurang mahir turut menjadi penyumbang kepada statistik kemalangan yang meningkat saban tahun. Ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh Zhang, et al (2006) di mana beliau mendapati kurang kemahiran dan pengalaman memandu adalah antara punca berlakunya kesilapan pemandu ketika berada di jalan raya Punca lain yang menyebabkan nahas jalan raya berlaku adalah tumpuan ke atas pemanduan. Pelbagai gadget telapak tangan terkini antara penyebab pemandu leka melakukan sesuatu yang lain ketika sedang memandu. Menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit, selfie, makan dan minum, merokok, membaca atau menulis. Papan iklan yang dipamerkan di bahu jalan raya juga boleh menggangu fokus pemandu dan seterusnya meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Umur dan jantina didapati mempengaruhi tahap agresif seseorang yang seterusnya boleh meningkatkan risiko terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Golongan muda lebih kerap terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan cara pemanduan berbahaya mereka yang antaranya dipengaruhi sikap panas baran, pengaruh rakan dan masalah sosial. Keadaan jalan serta persekitaran jalan turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Sebagai contoh pokok perhiasan jalan yang tidak diselenggara dengan baik sehingga menutupi pemandangan pemandu serta menjadikan keadaan persekitaran jalan gelap dan berbahaya berkemungkinan besar meningkatkan risiko berlakunya kemalangan. Pihak berkuasa tempatan perlu sentiasa memantau agar suasana ini tidak berterusan Dalam membincangkan kaedah yang berkesan untuk memantau tingkah laku pemandu di Malaysia, penulis mencadangkan gabungan 2 elemen utama pada diri manusia untuk diketengahkan. Penumpuan kepada 2 elemen ini iaitu psikologi serta etika diri mampu untuk memupuk nilai murni yang berkekalan bagi menjamin perubahan sikap yang positif serta berkekalan di kalangan pemandu jalan raya. Apabila membicarakan isu psikoetika, definisi yang digunapakai adalah pemikiran dan perasaan yang terdapat dalam diri manusia yang dilandasi oleh nilai-nilai murni dan diterjemahkan melalui perlakuan manusia. Gabungan dimensi psyche dan etika dalam membentuk perimbangan dalam diri manusia yang dizahirkan melalui perlakuan ini adalah tunggak utama untuk merubah tingkah laku manusia dan dalam konteks ini tingkah laku pengguna jalan raya. Contoh nilai psikoetika yang boleh diketengahkan dan diterapkan sewaktu di jalanraya ialah ihsan, redho dan pemikiran positif. Konsep asas ini perlu dicernakan dalam setiap individu yang menggunakan jalan raya di Malaysia. Pemandu yang positif akan sentiasa bersangka baik dan melihat sudut yang positif dari apa yang berlaku sementara ihsan akan membentuk peribadi pemandu untuk bertingkah laku lebih baik dan lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain kerana mereka yakin Allah melihat tingkah laku mereka. Redha pula membentuk pemandu untuk berlapang dada dengan sikap dan tingkah laku pemandu yang lain. Pada hemah penulis, dalam membentuk pemanduan yang berkualiti perlu ada gabungan ketiga-tiga konsep psikoetika ini untuk melahirkan pemandu yang berjiwa tenang lagi menenangkan. Pembudayaan sikap dan sistem nilai ini perlu disemai sejak mereka di peringkat prasekolah lagi. Usaha murni ini memerlukan 3 penggerak utama iaitu pendidik, kanak-kanak dan ibu-bapa, di samping bantuan serta sokongan penuh daripada pihak berwajib dan masyarakat sekitar. Penerapan nilai etika dalam kehidupan harian kanak-kanak prasekolah ini akhirnya akan melahirkan kanak-kanak yang mampu menzahirkan nilai murni seorang pemandu yang positif lagi dinamik. Pemandu yang mempunyai sistem yang harmoni daripada segi rohani serta jasmani secara tidak langsung akan mempamerkan corak pemanduan yang lebih berkualiti serta berhemah di jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, ‘malang tidak berbau’, akan tetapi dengan pemfokusan kepada tingkah laku serta nilai murni yang ditanam sejak kecil pada diri pemandu, kebarangkalian ianya dapat dikurangkan adalah tinggi. Apa yang pasti semua pihak harus mempunyai keazaman yang tinggi serta nilai optimis bagi menjayakan kaedah ini. Gerakan bersepadu daripada peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat atasan mampu membuahkan hasil yang lumayan sekiranya dijadikan amalan harian. Bagi penulis, suasana pemanduan di jalan raya dapat ditenangkan sekiranya kaedah psikoetika ini diberikan perhatian yang serius. Di samping itu masalah lain yang berkaitan dengan jalan raya juga harus ditingkatkan pengawasannya. Sebagai contoh, tanda amaran yang jelas serta bantuan keselamatan yang cekap mampu mengurangkan risiko kemalangan daripada terus menjadi masalah negara. Gabungan pemantauan yang kolektif ini merupakan antara kaedah yang harus difikirkan untuk memperbetulkan keadaan sekarang ini. Diharapkan pendekatan psikoetika di samping kaedah yang sedia ada dapat memberikan kaedah alternatif dalam menangani masalah sikap pemandu dan kemalangan di Malaysia. (Dr. Haslinda Abdullah, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) serta Pensyarah Psikologi Sosial, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan untuk mengubah sikap pemandu Malaysia ketika berada di jalan raya.) Sumber: Free Malaysia Today (17 Jun 2018)

 

Musim perayaan tiba lagi. Kali ini kita akan menyambut Hari kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Lazimnya di musim perayaan ini kita turut membaca berita kemalangan di sana-sini di samping rayuan dari Bank Darah Negara yang memerlukan derma darah.

Kejadian kemalangan yang semakin menjadi-jadi dan melibatkan kematian yang mengerikan mutakhir ini bukan sahaja membimbangkan tetapi juga antara isu negara yang perlu ditangani secara kolektif dan bersungguh-sungguh.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2013, Malaysia menduduki tangga ke-3 tertinggi berkaitan kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya, di mana 23 orang bagi setiap 100,000 penduduk dan purata 14.4 kematian setiap hari. Sepanjang musim perayaan pula, secara purata ianya melibatkan 200 kematian.

Antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini ialah sikap pemandu, justeru sikap dan mentaliti rakyat Malaysia perlu berubah.

Kajian yang dijalankan oleh Green dan Senders (2004) mendapati kesilapan pemandu dalam mengendalikan kenderaan menyumbang kepada 57% punca nahas jalan raya, 2.4% nahas jalan raya disebabkan oleh kesilapan mekanikal dan 4.7% lagi berpunca daripada persekitaran.

Pemandu yang kurang mahir turut menjadi penyumbang kepada statistik kemalangan yang meningkat saban tahun. Ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh Zhang, et al (2006) di mana beliau mendapati kurang kemahiran dan pengalaman memandu adalah antara punca berlakunya kesilapan pemandu ketika berada di jalan raya

Punca lain yang menyebabkan nahas jalan raya berlaku adalah tumpuan ke atas pemanduan. Pelbagai gadget telapak tangan terkini antara penyebab pemandu leka melakukan sesuatu yang lain ketika sedang memandu. Menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit, selfie, makan dan minum, merokok, membaca atau menulis. Papan iklan yang dipamerkan di bahu jalan raya juga boleh menggangu fokus pemandu dan seterusnya meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

Umur dan jantina didapati mempengaruhi tahap agresif seseorang yang seterusnya boleh meningkatkan risiko terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Golongan muda lebih kerap terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan cara pemanduan berbahaya mereka yang antaranya dipengaruhi sikap panas baran, pengaruh rakan dan masalah sosial.

Keadaan jalan serta persekitaran jalan turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Sebagai contoh pokok perhiasan jalan yang tidak diselenggara dengan baik sehingga menutupi pemandangan pemandu serta menjadikan keadaan persekitaran jalan gelap dan berbahaya berkemungkinan besar meningkatkan risiko berlakunya kemalangan. Pihak berkuasa tempatan perlu sentiasa memantau agar suasana ini tidak berterusan

Dalam membincangkan kaedah yang berkesan untuk memantau tingkah laku pemandu di Malaysia, penulis mencadangkan gabungan 2 elemen utama pada diri manusia untuk diketengahkan. Penumpuan kepada 2 elemen ini iaitu psikologi serta etika diri mampu untuk memupuk nilai murni yang berkekalan bagi menjamin perubahan sikap yang positif serta berkekalan di kalangan pemandu jalan raya.

Apabila membicarakan isu psikoetika, definisi yang digunapakai adalah pemikiran dan perasaan yang terdapat dalam diri manusia yang dilandasi oleh nilai-nilai murni dan diterjemahkan melalui perlakuan manusia.

Gabungan dimensi psyche dan etika dalam membentuk perimbangan dalam diri manusia yang dizahirkan melalui perlakuan ini adalah tunggak utama untuk merubah tingkah laku manusia dan dalam konteks ini tingkah laku pengguna jalan raya.

Contoh nilai psikoetika yang boleh diketengahkan dan diterapkan sewaktu di jalanraya ialah ihsan, redho dan pemikiran positif. Konsep asas ini perlu dicernakan dalam setiap individu yang menggunakan jalan raya di Malaysia.

Pemandu yang positif akan sentiasa bersangka baik dan melihat sudut yang positif dari apa yang berlaku sementara ihsan akan membentuk peribadi pemandu untuk bertingkah laku lebih baik dan lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain kerana mereka yakin Allah melihat tingkah laku mereka. Redha pula membentuk pemandu untuk berlapang dada dengan sikap dan tingkah laku pemandu yang lain.

Pada hemah penulis, dalam membentuk pemanduan yang berkualiti perlu ada gabungan ketiga-tiga konsep psikoetika ini untuk melahirkan pemandu yang berjiwa tenang lagi menenangkan.

Pembudayaan sikap dan sistem nilai ini perlu disemai sejak mereka di peringkat prasekolah lagi. Usaha murni ini memerlukan 3 penggerak utama iaitu pendidik, kanak-kanak dan ibu-bapa, di samping bantuan serta sokongan penuh daripada pihak berwajib dan masyarakat sekitar.

Penerapan nilai etika dalam kehidupan harian kanak-kanak prasekolah ini akhirnya akan melahirkan kanak-kanak yang mampu menzahirkan nilai murni seorang pemandu yang positif lagi dinamik. Pemandu yang mempunyai sistem yang harmoni daripada segi rohani serta jasmani secara tidak langsung akan mempamerkan corak pemanduan yang lebih berkualiti serta berhemah di jalan raya.

Memang tidak dapat dinafikan, ‘malang tidak berbau’, akan tetapi dengan pemfokusan kepada tingkah laku serta nilai murni yang ditanam sejak kecil pada diri pemandu, kebarangkalian ianya dapat dikurangkan adalah tinggi.

Apa yang pasti semua pihak harus mempunyai keazaman yang tinggi serta nilai optimis bagi menjayakan kaedah ini. Gerakan bersepadu daripada peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat atasan mampu membuahkan hasil yang lumayan sekiranya dijadikan amalan harian.

Bagi penulis, suasana pemanduan di jalan raya dapat ditenangkan sekiranya kaedah psikoetika ini diberikan perhatian yang serius. Di samping itu masalah lain yang berkaitan dengan jalan raya juga harus ditingkatkan pengawasannya.

Sebagai contoh, tanda amaran yang jelas serta bantuan keselamatan yang cekap mampu mengurangkan risiko kemalangan daripada terus menjadi masalah negara. Gabungan pemantauan yang kolektif ini merupakan antara kaedah yang harus difikirkan untuk memperbetulkan keadaan sekarang ini.

Diharapkan pendekatan psikoetika di samping kaedah yang sedia ada dapat memberikan kaedah alternatif dalam menangani masalah sikap pemandu dan kemalangan di Malaysia.

(Dr. Haslinda Abdullah, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) serta Pensyarah Psikologi Sosial, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan untuk mengubah sikap pemandu Malaysia ketika berada di jalan raya.)

Sumber: Free Malaysia Today (17 Jun 2018)

Berita Lain...

SXESSAR~