17 Jun 2019 - Seramai 20 orang AJK 5S Bahagian Keselamatan UPM telah mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM (PSAS) bagi mempelajari dan meningkatkan tahap pemahaman berkaitan amalan 5S yang diamalkan di PTJ tersebut. Turut bersama-sama di dalam lawatan tersebut ialah delegasi dari Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPM (CEM). Terima kasih diucapkan kepada pihak Jawatankuasa 5S Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM (PSAS) yang sudi menerima kunjungan pihak kami.