31 Mei 2019 - Pihak Pengurusan UPM melalui Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen UPM (WAZAN) telah berbesar hati untuk menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota-anggota Bahagian Keselamatan UPM yang akan bertugas menjaga keselamatan kampus sepanjang minggu perayaan. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM) bertempat di Pejabat Bahagian Keselamatan UPM. Terima kasih diucapkan.